20 Mei 2017

Bermuhasabahlah....

Pena YDP Kuala Kangsar
20 Mei 2017


.إنا لله وإنا اليه راجعون..
Perginya sebutir permata PAS, Prof. Dr. Khazani selepas 15 tahun berada dalam team pemikir PAS dan selepas 3 tahun memegang jawatan sebagai Pengarah stategik PAS. Memerah fikiran dan tenaga tetap istiqamah hingga akhir hayatnya bersama PAS.

Apa yang ada padanya sudah cukup untuk dia senang dan berbangga di dunia..Kelulusan dan menerima anugerah anugerah Saintis Muda Negara  tahun 2001, Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi
dan pemenang anugerah saintis cemerlang, 4 tahun berturut turut 2001-2004, Kementerian Pengajian Tinggi. Beliau mendapat gelar Prof semasa berkhidmat di UPM.


Allahuakbar. Siapalah kita yang tidak punya kelulusan dan tidak penah menerima apa-apa anugerah . Yang ada cuma anugerah tukang mengata dan mencaci serta mencerca ulama. Siapalah kita dibumi pun manusia tidak mengenali jasa untuk Islam apakan pula makhluk di langit.

Mulianya manusia yg menginfakkan dirinya untuk Islam sehingga akhir hayatnya. Semoga ianya menjadi motivasi dan medan muhasabah sejauhmana pengorbanan diri kita masing-masing untuk Islam.

Tiada ulasan: