10 April 2010

KENAPA UMNO INGIN KUASAI INSTITUSI MASJID DI PERAK?

Dewan Pemuda PAS Negeri Perak (DPPN Pk) kecewa dengan tindakan Umno untuk terus menguasai Institusi Masjid apabila memastikan tindakan mereka dengan menyusun semua perlantikan Pegawai Penyelaras Masjid Daerah (PPMD) yang telah diberikan tauliah tempohari sebenarnya telah melanggari peraturan amalan yang telah dilakukan selama ini terutama perlu melalui proses temuduga telah diketepikan.

Panduan yang selama ini diikuti mengikut garis panduan Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) telah diketepikan oleh pihak yang tidak bertanggungjawab. Sedangkan JAKIM yang memberikan peruntukan selama ini telah dinafikan peranan yang sepatutnya diberikan keutamaan. Yang lebih parah ialah agen-agen Umno yang berada di dalam Jabatan Agama Islam Negeri Perak (JAIPk) merealisasikan sepertimana yang dikehendaki oleh Umno.

DPPN Pk mencabar agen-agen Umno yang berada di dalam JAIPk agar meletak jawatan kerana mereka telah merosakkan Institusi Masjid yang sepatutnya menjadi tempat penyatuan Umat Islam dan bukannya pepecahan kerana idelogi politik kepartian. Kemusnahan Institusi Masjid akan bertambah parah dengan tindakan semua yang melibatkan tanggungjawab yang sepatutnya diberikan kepada yang lebih layak tidak diberikan.

Umno yang bertanggungjawab memusnahkan dan merosakkan Institusi Masjid selama ini. Rakyat dan ahli kariah yang sepatutnya yang menentukan siapakah yang layak diberikan tanggungjawab dinafikan hak. Malah perlantikan Ahli Jawatankuasa Masjid telah dikuasai oleh Umno, dan lebih malang apabila sesiapa yang tidak menyokong Umno diketepikan untuk bersama membangunkan Institusi Masjid.

SALMAN HAJI SALEH
Naib Ketua,
Dewan Pemuda PAS Negeri Perak.

9 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

Kalu macam ni lee..,Ketua Agama Negeri lah yang BERTANGGUNG JAWAB DLM MASALAH NII..nak tau siapa SULTAN broo..sia2 aje dapat DOSA KERING dari perbuatan PENCACAI-PENCACAI UMNgok....

CUCU PEJUANG berkata...

MASAALAH BESAR APABILA AJK LANTIKAN BARU INI BUKAN JENIS 'KAKI MASJID'.KITA TAK KISAH KALAU MEREKA 'BETUL-BETUL' MENGIMARAHKAN MASJID.SILAKAN....TAPI JGN SIBUK 'GILA KUASA'.BETULKAN NAWAITU ANDA....

Tanpa Nama berkata...

YB...KAMI GOLONGAN MARHAEN.,,MISKIN FAKIR LA TU...SELALU MENDOAKAN SETIAP HABIS PILIHANRAYA KECIL SUPAYA AKAN ADA LAGI KEMATIAN WAKIL RAKYAT DARI MEREKA YANG KURENG SIKIT TURUN JENGOK RAKYAT...BUKAN APA...MASA TU LAH KAMI DAPAT MACAM-MACAM DARI KERAJAAN MEMERINTAH , TANAH PUN BOLEH DAPAT, DUIT TELAH LAGI LA...

MINTAK YB TOLONG HABAQ KAT KAWAN2 YB TENTANG MESEJ NI. KALAU NAK PANJANG UMUR SELALU LAH LAWAT ORANG MISKIN DAN SEDEKAH ...


RENUNGKANLAH...SALAM

Tanpa Nama berkata...

BEKAS IMAM YG DIBENCI UMNO BERKATA !!
SEBENARNYA ITULAH KEHENDAK ORANG UMNO.MEREKA HANYA MENGGUNAKAN IMAM2 INI UTK TUJUAN BERTAHLIL,IMAM SOLAT DAN SEBAGAINYA.TAPI BILA IMAM BERKHUTBAH MENGAJAK KPD YG BAIK MEREKA TAK GEMO.BAGI IMAM2 YG DIPERKUDA INI,AYUH BERSEGERALAH KAMU BERJAMAAH DIMASJID LAIN ATAU MARKAS YG MAHU MENEGAKKAN ISLAM.JGN MENJADI PENYOKONG MENJAYAKAN BUDAYA MEREKA.

Tanpa Nama berkata...

Masjid wajar hanya untuk org yang tiada kepentingan politik samada UMNO atau PAS.

Pindaan perlembagaan atau undang2 berkaitan perlu dimajukan dgn menjadikan jawatan nazir, imam, bilal dan ajk masjid mestilah drpd individu yang tidak memegang jawatan dlm mana2 parti.

Jadi tiadalah ketua cawangan atau ketua ulama' bhgn nak pegang jawatan. Dia wajar letak jawatan dlm parti politik jika ingin dilantik sebagai ajk masjid.

Ini dpt membantu menyelesaikan masalah.

Tanpa Nama berkata...

SALAH SEORG KAKITANGAN JAIP
Yang lebih parah ialah agen-agen Umno yang berada di dalam Jabatan Agama Islam Negeri Perak (JAIPk) merealisasikan sepertimana yang dikehendaki oleh Umno.

DPPN Pk mencabar agen-agen Umno yang berada di dalam JAIPk agar meletak jawatan kerana mereka telah merosakkan Institusi Masjid yang sepatutnya menjadi tempat penyatuan Umat Islam dan bukannya pepecahan kerana idelogi politik kepartian.

USTAZ TOLONG BG TAU PADA YG MEMBUAT KENYATAAN MCM TU, JANGAN PAKAI HANTAM AJE CAKAP MENUDUH ORG MCM TU, SELIDIK BETUL-BETUL. TENTULAH ORG DI JAIP AKAN DIPANDANG SERONG, SEDANG INI BUKAN KERJA JAIP, CAKAP BAIK-BAIK JANGAN SAMPAI ORG AGAMA PUN BENCI PADA SESAMA ORG AGAMA, AKAN JADI MALANGLAH

Tanpa Nama berkata...

Sepatutnya masjidlah tempat menyatupadukan umat. Ada sesetengah masjid tu tidak ada aktiviti ceramah pun. Kalau nak buat kena tanya dulu, ustaz mana? Org kita ke bukan? Las...las tak jadi buat, sebab kebanyakan ustaz berkopiah putih dan bukan songkok hitam. Ustaz kopiah putih ni selalunya menceritakan yang sebenar. Itu yang depa tak seronok nak dengar tu.

Tanpa Nama berkata...

memang dah melanggar peraturan JAKIM, intitusi agama boleh dipermainkan macam nak tukar pemilik rumah, padahal berkaitan dengan masjid.....insaflah

Tanpa Nama berkata...

macam mana ppmd ini boleh dilantik tanpa melalui sebarang proses penilaian termasuk temuduga. sedangkan nak jadi pelayan restoran pun kena temuduga. apa jenis tamadun yang dipakai ni? ketelusannya di mana? good governance nya di mana?
harap yb bawak isu ni sampai perlantikan ini dibatalkan...