24 September 2008

Raja Nazrin berbuka bersama rakyat di Gunung Semanggol.

BAGAN SERAI, 22 Sept. :- DYTM Raja Muda Perak, Raja Nazrin telah menemuai rakyat di Daerah Kerian dalam satu majlis Berbuka Bersama Rakyat dalam siri lawatan ke semua daerah di Perak sempena Bulan Ramdhan pada tahun ini.



Lebih 1000 orang telah memenuhi Mesjid Bukit Putus yang terletak tidak berapa jauh dari pekan Gunung Semanggol.

Raja Nazrin besalaman dengan kanak-kanak yang hadir.


Hadir sama dalam majlis tersebut ialah Menteri Besar Perak, Muhammad Nizar Jamluddin, Exco Kerajaan Negeri, Jamaluddin Md. Radzi, Setiausaha Kerajaan Negeri, Dr. Abd. Rahman Hashim, Pegawai Kewangan Negeri, Jamalludin Al Amini bin Haji Ahmad, ADUN Selingsing, Hussin Din, ADUN Titi Serong, Khalil Idham Lim, ADUN Kuala Kurau, Ab. Yunus Jamhari, Pesurhjaya PASSerak, Ust. Ahmad Awang, Ahli Parlimen Bagan Serai, Mohsin Fadli, Orang Besar Jajahan Kerian, Datuk Seri Zulkifli , Penghulu-penghulu Mukim, Ketua-ketua Kampung, Dif-dif kenamaan dan masyarakat setempat.

Raja Muda Perak menyampaikan wang zakat kepada Penghulu Mukim


Majlis dimulai dengan Tazkirah dari YAB Menteri Besar sebelum ketibaan DYTM Raja Nazrin.

Selepas majlis berbuka, Raja Nazrin telah sembahyang Maghrib berjemaah bersama rakyat dimesjid yang sama.

Tazkirah oleh YAB Menteri Besar Perak.

Satu Majlis penyampaian wang asnaf zakat untuk fakir miskin telah diserahkan kepada Penghulu-Penghulu Mukim di Daerah Kerian oleh Raja Nazrin.

Program diteruskan dengan sembahyang Isya dan Tarawikh berjemaah. Selesai menunaikan sembahyang, Raja Nazrin telah melayani rakyat yang berbaris panjang dari dalam mesjid sehingga ke kenderaan rasmi.

MB Perak serah kuih raya untuk pasukan keselamatan

IPOH, 22 sept :- Saya merakamkan ucapan penghargaan kepada jasa dan khidmat pasukan keselamatan untuk menjaga keamanan negeri perak yang kita sayangi, demikian antara ucapan YAB Menteri Besar Perak, Muhammad Nizar Jamaluddin semasa menyampaikan sumbangan kuih Hari Raya kepada Pasukan Keselamatan yang bertugas dihari raya di Kediaman Resmi Menteri Besar di sini.


Menteri Besar bersama Isteri memeriksa bungkusan sambil diperhati YB. Nga.

Sebanyak 12,000 bungkusan kuih raya telah diserahkan kepada pelbagai jurus pasukan keselamatan antaranya ATM dan PDRM.

Hadir sama dalam Majlis tersebut ialah Speaker Kerajaan Perak, V. Sivakumar dan isteri, Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan, Ahli-ahli Yang Berhormat ADUN Perak, Setiausaha Kerajaan Negeri, Pegawai Kewangan Negeri dan Ketua-ketua Jabatan.

Menteri Besar juga mengucapkan terima kasih atas gembelingan tenaga semua pihak untuk menyusun dan membungkus kuih.

"Anggaplah sumbangan ini sebagai suatu simbol dari Rakyat Perak bagi menghargai jasa anggota keselamatan yang bertugas semasa perayaan " katanya.

Dalam ucapan balas bagi mewakili pasukan keselamatan Ketua Polis Perak, Zulkefli Abdullah menyatakan tahap keselamatan di Perak pada masa ini adalah terkawal. Beliau juga menyeru semua pihak memainkan peranan menasihati dan mendidik rakyat supaya rakyat mengutamakan keselamatan.

"Pemberian kuih raya oleh kerjaan Negeri Perak amatlah kami harga dan kami mengucapkan terima kasih" ucapnya sebelum menghabiskan ucapan.