23 Ogos 2017

Cari yang Halal...

Pena Idham Lim
1 Zulhijjah 1438/23 Ogos 2017.

Islam mewajibkan penganutnya mencari makanan dan minuman yang halal dan yang baik. Bukannya hanya sedap semata-mata. Inilah perbezaan antara Islam dengan agama lain. Kerana itu jadikan sebagai amalan kita seharian.

Sejahtera Bersama Islam.

22 Ogos 2017

Jauhi mengumpat.

Pena Idham Lim
29 DzulQaedah 1438/ 22 Ogos 2017.

Bercakap dibelakang mengenai orang lain baik atau buruknya dilarang didalam Islam,  kalaupun betul masih dianggap mengumpat , kalau salah dianggap fitnah. Oleh itu jauhilah kerana akhlak Islam mengajar kita untuk bersangka baik bukannya bersangka buruk kepada saudara kita.

Sejahtera Bersama Islam.

21 Ogos 2017

Berjuang kerana Islam...

Pena Idham Lim
28 DzulQaedah 1438/21 Ogos 2017.

Berjuang kerana ikut seseorang akhirnya tidak sampai kemana. Kerana itu berjuanglah kerana prinsip  perjuangan Islam yang menjadi pilihan. Kelak kita  akan dikenang sebagai pejuang sejati yang tetap bertahan  sebagai pendokong sebuah perjuangan yang murni walaupun manusia yang kita ikuti itu sudah meninggal dunia atau keluar dari wadah perjuangan murni ini.

Sejahtera Bersama Islam.

20 Ogos 2017

Carilah Barakah...

Pena Idham Lim
28 DzulQaedah 1438/20 Ogos 2017

Islam mementingkan keberkatan kerana "barakah" adalah anugerah langsung dari Allah SWT. Ianya tidak boleh dibeli dikedai atau diambil dimana-mana. Kerana itu carilah keberkatan secara bersungguh-sungguh kerana ianya bermanfaat didunia dan juga diakhirat.

Sejahtera Bersama Islam.

19 Ogos 2017

Tempat Berpijak...

Pena Idham Lim
27 DzulQaedah 1438/19 Ogos 2017.

Untuk memanjat dan naik keatas manusia memerlukan tangga untuk berpijak. Demikianlah untuk mengenali Allah SWT manusia memerlukan tempat berpijak iaitu dengan panduan yang jelas dari Al Quran, As Sunnah, Ijmak dan Qias. Seterusnya kita mestilah berpegang kepada pandangan ulamak yang muktabar.  Merekalah tangga yang kejap dan teguh untuk kita jadikan tempat berpijak.

Sejahtera Bersama Islam.

18 Ogos 2017

Tidak jadi miskin dengan berinfak

Pena Idham Lim
26 DzulQaedah 1438/18 Ogos 2017.

Sejarah membuktikan bahawa mereka yang menginfakkan hartanya ke jalan Allah SWT tidak pernah menjadi miskin didunia apalagi diakhirat. Kerana itu jadilah kita sebahagian dari mereka yang sentiasa menginfakkan hartanya.

Sejahtera Bersama Islam.

17 Ogos 2017

"Pelanggan adalah orang yang dihantar oleh Tuhan"

Pena Idham Lim
25 DzulQaedah 1438/17 Ogos 2017

Kagum dengan sikap seorang peniaga di China yang masih melayan tempahan yang tertangguh sudah 10 bulan. Katanya "Pelanggan adalah orang yang dihantar oleh Tuhan". Walaupun dari lidah seorang bukan Islam namun ucapannya cukup menyentuh jiwa.

Sejahtera Bersama Islam.

16 Ogos 2017

Bersyukurlah

Pena Idham Lim 23 DzulQaedah 1438/16 Ogos 2017

Kebiasaannya manusia menilai dan idamkan apa yang orang lain punya dan miliki tanpa dia sedari bahawa dia telah punya dan milki anugerah yang berbagai dari Tuhannya. Kerana itu bersyukurlah dengan apa yang ada kerana disana janji Allah SWT yang pasti untuk menambahnya.

Sejahtera Bersama Islam.

15 Ogos 2017

Allah Yang Maha Kaya...

Pena Idham Lim
22 DzulQaedah 1438/15 Ogos 2017.

Bila ada yang datang meminta walaupun binatang untuk sesuap makanan janganlah kita biarkan ianya berlalu tanpa kita hulurkan sumbangan seikhlas mungkin. Kerana disana adalah ujian bagi rezeki yang kita miliki. Yakinlah kita tidak akan miskin kerananya. Apalagi Allah SWT yang Maha Kaya sedang memerhati gelagat kita.

Sejahtera Bersama Islam.

14 Ogos 2017

Awas dengan pedengki.

Pena Idham Lim
21 DzulQaedah 1438/14 Ogos 2017.

Kebaikan yang kita lakukan setiap hari jangan anggap semua orang senang melihatnya. Pasti ada manusia yang merasa dengki malah tidak kurang ada yang berusaha untuk menggagalkannya.

Sejahtera Bersama Islam.

13 Ogos 2017

Bacalah Al Quran...

Pena Idham Lim
20 DzulQaedah 1438/13 Ogos 2017.

Bacalah Al Quran setiap hari walaupun satu ayat. Jadikan ianya sebagai panduan dan pegangan hidup nescaya selamat dunia dan akhirat. Anehnya manusia lebih merujuk kepada bahan lain sehingga mereka sesat bukan hanya didunia tetapi sesat juga untuk sampai ke akhirat.

Sejahtera Bersama Islam.

Hormati orang lain...

Pena Idham Lim
19 DzulQaedah 1438/12 °Ogos 2017

Hormati orang lain semoga kita di hormati oleh orang lain. Sebelum itu hormati dan hargai apa yang kita miliki baru kita tahu arti untuk menghargai orang lain. Sesungguhnya Islam mengajar kita menghargai dan hormati setiap makhluk .

Sejahtera Bersama Islam.

11 Ogos 2017

Gembirakan mereka yang terluka

Pena Idham Lim
18 DzulQaedah 1438/11 Ogos 2017.

Berusahalah untuk jadi insan yang sering mengembirakan orang lain . Kerana banyak manusia yang terluka jiwanya dan sering berduka kerana tidak disantuni dengan akhlak  Islam yang diajar oleh Rasulullah s.a.w. Apa lagi kegembiraan itu sangat tinggi nilainya seperti Pepatah Cina menyebut "Satu kegembiraan menghancurkan seratus kedukaan".

Sejahtera Bersama Islam.

10 Ogos 2017

Bersyukurlah..

Pena Idham Lim
17 DzulQaedah 1438/10 Ogos 2017.

Bersyukurlah kerana kita dipilih berada dalam perjuangan Islam kerana disana masih ramai yang masih tidak dipilih oleh Allah SWT. Kerana itu gunakanlah peluang ini semaksima mungkin untuk meninggi dan memenangkan Islam.

Sejahtera Bersama Islam.

09 Ogos 2017

Mohonlah kepada Nya.

Pena Idham Lim
16 DzulQaedah 1438/9 Ogos 2017.

Mohon sesuatu sesama makhluk tidak semestinya ditunaikan, kalau ditunaikan bukan berkali-kali malah kita akan dimarahi.Kerana itu mohonlah kepada Yang Maha Kaya Allah SWT. Pasti permohonan kita akan ditunaikan walaupun untuk ribuan kali. Ketahuilah Allah suka kepada hambaNya yang suka memohon kepada Nya dan Murka kepada hamba yang malas memohon kepada Nya.

Sejahtera Bersama Islam.